23/06/2016


Sementara tunggu Game of Thrones season 6 siap satu season, aku ada dapat drama series baru dari membe. Narcos. Kisah tentang Pablo Escobar. Rasanya tak perlu diperkenalkan lagi sapa lagi beliau. Tapi kalau tak kenal jugak sila Google. Selepas khatam 4 episod, bagi aku series ni memang best. Cerita tentang macam mana Pablo boleh jadi drug lord terbesar di Colombia. Series ni banyak scene violent. Tapi bagi aku takde la violent sangat pun. Game of thrones lagi ganas. Standard la gengster, mana tak main perempuan. Series ni tak sesuai ditonton bersama anak2 korang. Ada beberapa adegan yang belum sampai masanya untuk mereka tengok. Kang diorang tanya pening nak jawab. Haha.

Tapi sebenarnya yang paling best pasal cerita ni ialah dia punya opening song. Memang mengasyikkan sungguh. Banyak conversation pn dalam spanish. Dapat jugak la belajar bahasa baru. Well, tak ramai orang sebaya gua yang dapat habeskan masa layan drama series ni. Nak harap drama melayu kat tv? Kah kah kah. Dari era eman mana jadi hero sampai skang, sama je storyline nya. Duduk jela takuk lama tu.


0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers