21/08/2016


Dua minggu lepas, aku saja ikut membe aku pergi amik gambar untuk wedding event. Aku saja ikut utk experience. Aku sbnrnya memang terfikir untuk wat job utk wedding or pape event. Tapi aku still x confident dengan skill aku dan x pernah ada experience mcm mana nak deal dengan real situation.

Kenduri tu kat Klang. Pengantin akan nikah dan sanding pada hari yg sama. Nikah kul 10 pg, sanding dlm 12 tgh hari. Kitorang kene dtg awal. Kul 845 pagi kitorang da terpacak depan rumah pengantin.

Lepas breakfast ktorang pn stat wat keje masa pengantin dah mula nak mekap. Sbg 1st timer memang aku agak kekok and segan. Yelah sbb pengantin tu stranger. Tak kenal langsung. So kita nak lebih2 mcm segan. Membe aku tu da biasa buat, so dia steady je. Sedikit sebanyak aku blajar cara dia deal dgn situasi.

Membe aku pn banyak ajar teknik dan setting camera. Walaupun die sibuk tapi sempat jugak la bg tips dan tunjuk ajar. Memang aku x expect pn die akan ajar semua. Aku dah plan nak belajar melalui observation. So aku observe la cara dia buat.

Peak untuk event ni ialah masa upacara akad nikah dan bersanding. Aku tengk membe aku agak sibuk untuk mencari angle yg sesuai untuk shot g cantik. Aku sempat selit2 je. Dari apa yg aku nampak  photographer kene active masa ni. Kalo malu2 memang tak dapat la amik shot baik.

Lepas abes kenduri tiba la sesi outdoor pulak. Nak dijadikan cerita, cuaca tak beberapa mengizinkan dan venue terpaksa ditukar ke Putrajaya. Agak jauh jugak la dari Klang. Elok kitorang sampai putrajaya, hujan pn turun. Mjurlah sempat amik beberapa shot. Last2 lepas lepas kul 9 lebih baru kitorang setel.

Agak barai jugak la aku rasa. Memang memenatkan. So sekarang aku faham kenapa photographer perlu dibayar:

1. Masa
- Diorang dah reservekan masa untuk bagi komitmen pada event. Photographer pun ada family dan urusan lain. Since diorang dah sanggup spend masa, maka mereka perlu dibayar. Lebih2 lagi photographer ni kan stranger. Lain la kalo kawan rapat or saudara mara kita. Boleh kawtim.

2. Gear/Kamera.
- Aku punya kamera takde la power sangat. Setakat Canon 600D. Combine dengan lens sigma. Speed lite aku pinjam membe. Terus terang la aku cakap gear aku just 2nd hand je. Tapi tu pn dah dekat RM2k. Kalo beli baru kos die nak dekat 3 kali ganda. Utk dapatkan gambar cantik, paling kurang pun kene level Canon 7D or paling cikai pun 50D. Belum kira lens lagi. Senang citer photographer ni dah invest banyak. Of course diorang pun nk ROI.

3. Skill/Ilmu/Teknik
Percayalah, takde orang pun yang 1st time pegang DSLR terus bleh amik gamba cantik. Bleh guna auto mode tapi tak secantik manual setting. So photographer dah banyak spend masa untuk study kamera, teknik amik gamba, kumpul experience. Sume ni tak berlaku dalam masa sehari or seminggu dua, Paling kurang pun setahun itu pn maybe level amatur lagi. So lagi experience photographer tu, lagi mahal la bayarannya. Kira mcam level specialist la. Aku sendiri pun still level belajar dan masa ikut membe aku ni satu sen pun aku tak mintak walaupun aku ikut die dari pagi sampai malam.

4. Job lepas event
Lepas abes event job photographer ni tak abes lagi. Diroang kene sort gamba yg diambil. Kalo setakat berpuluh takpe lagi. Ni sampai beratus. Pening woo. walaupun ada sottware macam Lightroom tapi still pening dan makan masa. Lepas tu nak kene anta kedai pergi print lagi.

So aku harap semua bakal pengantin or potential customer faham kenapa photographer perlu dibayar dan bayarannya agak tinggi. Sebelum ni aku pn sama mcam orang biasa, 

"ala setakat amik gamba bukan susah mana pun"
 
Lepas aku dah experience sendiri baru aku tau 'azabnya'. Tapi sebenarnya agak menyeronokkan jugak coz leh kenal ramai orang dan puas hati bila tengok gamba tu cantik.

Sebenarnya ada banyak option pakej photographer kat luar sana. Dari level budget sampai level artis. Terpulang la nak yg mana. Sebelum amik cuba la tanya apa kamera dia pakai dan mintak sample gamba job die sebelum ni. Bagi aku la, kalo photographer tu hasil die memang superb takde hal bayar mahal. 

Kalo rasa nak save jugak guna smartphone jela. Kamera smartphone pun power gak macam Iphone 6, Samsung S7, Huawei P9.

Akhir sekali, bak kata encik Joker dalam Dark Knight,


P/s: Rasa gian nak buat job lagi. Hehe.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers