29/09/2016

Felda Tanjung Leman Resort ni terletak kat area pantai timur Johor. Menghadap laut china selatan. 
Lokasinya terletak beberapa kilometer dari Mersing. Dari JB aku tak sure. Kalau driving dengan pace normal macam orang makan angin, lebih kurang sejam 20 minit macam tula. 

Kalau dari KL aku tak sure ikut mana lagi dekat, tapi kalau dari JB ikut Jalan Kota Tinggi, nanti ada nampak sign board menuju ke jeti tanjung leman. Ya, resort ni berdekatan dengan jeti tanjung leman. Aku tak ingat dari jeti tu boleh pergi ke pulau mana.

Sebelum mulakan perjalanan, make sure isi petrol penuh-penuh sebab nanti bila dah masuk area felda, dah takde petrol pam. Cuma lagi 10km nak sampai jeti tu baru ada satu stesen Caltex. Make sure tayar spare pun ada dan cukup angin. Sebab kereta kitorang tayar pecah masa dah nak sampai. Kebetulan pulak tayar spare takde angin. Mujurlah kakitangan resort tu ada pam portable yang cucuk kat cigarette lighter. Walaupun agak slow, tapi pam tu memang berjaya pam tayar kereta.

Sebaik sahaja sampai di area parking resort, imej pertama yang kita akan nampak resort ni nampak gah. Macam hotel 4 bintang. Parking jangan risau, free dan memang besar. Suasana lobby juga agak santai sebab open air, tapi jagan risau, kawasan tu selalu berangin. Ada wifi free lagi. Banyak bangku kat lobby tu. Dari lobby tu straight boleh nampak kolam renang. Rasanya kalau kanak-kanak mesti dah excited tengok kolam renang.

Gambar bilik, aku tak sempat snap sebab masa aku masuk family dah bergelimpangan sebab letih dan panas hari tu. Kitorang sewa dua bilik yang boleh bersambung. Jumlah kitorang semua masa tu 13 orang. Cukup la setakat untuk tidur. Kene bawak toto kalau boleh sebab lantai dia jenis parquet. Bukan karpet. Overall condition bilik die memang puas hati. Nampak high end dan terjaga. Bilik macam hotel 4 bintang. Cuma takde bath tub. 

Kawasan resort tu memang kecik je. Kolam renang kat tengah-tengah, bilik semua mengelilingi kolam renang. So ada bilik yang akan menghadap kolam renang dan ada bilik yang akan menghadap laut. Bilik paling tinggi pun 2 tingkat je. Persekitaran memang bersih dan terjaga. Tepi kolam renang ada banyak bangku boleh duduk. Kolam renang pun tak dalam sangat. Tak silap dalam 1.4m je kot. Ada kawasan khas untuk kanak-kanak.

Felda ni memang terletak tepi laut. Tepi felda tu ada kawasan bbq yang boleh disewa. Tepi laut pulak ada kedai makan. Tapi bukak sampai pukul 7 malam je. Nak pergi laut cuma jalan kaki je. Laut die agak landai. Nak mandi macam tak puas. Kene ke tengah sikit. Pagi-pagi kalau nak mandi kene hati-hati sebab ada obor-obor.

Makan malam agak problem sikit sebab situ tak banyak kedai makan. Kalau ada budget lebih makan je kat hotel tu. Kalau nak makan luar tu ada problem sikit. Masa aku pergi tu ada 2 kedai je yang bukak. Satu jual goreng-goreng ala carte. Satu lagi roti canai. Lepas sejam tunggu makanan tak sampai-sampai kitorang frust, cari alternative lain. Pergi ke jeti, korang akan jumpa KFC. So malam tu kitorang makan KFC je. Aku tak sure kalau ada kedai makan lain, tapi tu je kitorang jumpa. Perut pun tengah lapar, mana yang jumpa, belasah je la. Malas nak cari.

Pagi ada breakfast, tapi bagi aku tak beberapa cemerlang. Tak banyak pilihan dan masakan yang kurang memberangsangkan. Tapi sebab dah masuk pakej, belasah jela. Ada makanan yang dia tak topup. Sapa lambat nasib la. Kalau tak ada dalam pakej elok makan luar jela.

Kitorang check out tengah hari. Perut lapar la pulak. Tapi kali ni baru nampak ada jalan tepi pantai. Kat situ ada beberapa kedai makan. Harga tak mahal, standard macam tempat lain dan agak sedap. Kat tepi pantai tu pun ada orang jual-jual baju, pelampung dsb. Nampak banyak la orang lepak kat situ. Tapi malam tak sure kedai makan ni bukak ke tak. Kalau bukak mesti kitorang nampak.

Apa yang dapat aku simpulkan di sini, Felda Tanjung Leman boleh jadi salah satu alternatif kalau korang nak suasana pantai yang selesa dan untuk bersantai sesama family di hari minggu. Juga tempat yang perfect untuk pasangan pengantin quick honeymoon. Dari apa yang aku lalui, aku tak galakkan korang datang dalam kumpulan yang ramai sebab takut malam nanti takde tempat nak makan, unless korang ada buat bbq sendiri or bawak meggi.

Pasal harga aku tak sure sebab abang ipar aku bayarkan. Aku topup Rm200 je kat dia. Hehe. Nak mudah dan dapat murah, gunakan Trivago. Oh ye, line telefon kat sini tak beberapa awesome. Aku guna celcom dapat 2 bar je. Ada certain area takde line langsung esp kat bilik or tepi pantai. Nak internet gi lepak kat lobby.

Rating:
Suasana - 4/5
Facility - 4/5
Bilik - 4/5
Makanan - 2/5
Staff - 4/5 (Mesra dan mudah menolong)
Internet - 2/5 (Kat lobby je kuat. Kat bilik hampeh)





















0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe