15/09/2016



Sebut je drama melayu kat internet ni, kita akan dapat pelbagai komen dalam ayat yang berbeza tapi dengan point yang sama. Sangat piece of cake untuk kita berikan ciri-ciri drama melayu ni. Story line dan plot yang sama yang dikitar semula sejak berdekad lamanya. Tak perlu aku listkan kat sini, aku rasa masa korang baca ayat ni pun dalam kepala korang dah ready banyak point nak cakap.

Aku tak minat nak ulas pasal ciri2 drama melayu, sebab boring ulang point yg sama, aku cuma nak tulis apa efeknya pada masyarakat dan kenapa bangsa melayu semakin ramai miskin walaupun drama semua kaya dan kenapa kes penceraian melayu semakin tinggi padalah dalam drama lepas kahwin hidup aman bahagia selamanya. Nampak macam takde kaitan kan? Setiap masalah, mesti ada dia punya root cause. Macam lagu bangau oh bangau.

Berbalik kepada tajuk di atas, kenapa ianya tak bagus untuk masyarakat terutamanya audiennya yang of coz la terdiri daripada orang melayu sendiri.



1. Tema drama melayu tak lari daripada cinta. Buat la plot apa pun, mesti main topik dia, cinta, kawen cerai. Trend sekarang ni dah stat gunakan kerjaya sebagai tajuk, tapi scene kerjaya tu tak sampai 10% pun rasanya. Cerita pasal doktor, tapi tak menunjukkan kerjaya doktor yang sebenar. Lebih berkisar kepada kisah cinta doktor tersebut dan berbalik kepada ciri drama melayu yang asal iaitu kisah percintaan antara anak orang kaya.

2. Remaja ni senang terpengaruh dengan apa yang dia baca dan tengok. Kalo ko tayang drama cinta, memang dia akan berangan bercinta. Tayang drama gengster, dia berangan jadi gengster, Disebabkan terlalu banyak sangat cerita cinta, gengster dan mat rempit diterbitkan oleh karyawan di negara ni, maka hasilnya dapat dilihat dengan mudah di Wechat. Bila tgk printscreen yang bersepah dengan chatting yang nampak sangat kerendahan tahap intelektualnya, aku terfikir, mampukah generasi ni memacu negara kita di masa akan datang?

3. Disebabkan terlalu banyak kisah cinta, aku nak cakap pasal cinta lagi. Cinta yang ditunujukkan dalam drama melayu ni banyak kisah cinta separuh jalan. Seolah-olah perkahwinan tu penamat segalanya. Dalam drama, lepas kahwin, dapat anak, dok rumah mewah, bawak kete besau. Nampak bahagia je kan? Tak banyak cerita dalam drama melayu yang menceritakan apa yang berlaku lepas kahwin, maksud aku yang real punye situation, nak kene jaga malam, pagi2 nak antar kat pengasuh, nak basuh baju anak, nak kemas rumah dsb. Sebab part time takde komersial value, orang tak nak tengok. Oleh itu, gadis2 melayu ni akan terus menganggap bahawa perkahwinan adalah penamat segalanya atau life goal tanpa memikirkan langsung cabaran hidup lepas kahwin. Sebab tu kes penceraian sekarang sangat tinggi.

4. Perjalanan hidup dalam drama melayu sangat linear dan ideal. Kalo kat uni belajar law pas grad jadi lawyer, blajar medic jadi doktor, belajar engineering jadi engineer. Tapi pekerjaan paling feveret dalam drama melayu ialah arkitek. Kehidupan yang digambarkan sangat mudah, konon2nya bidang di atas ni bergaji tinggi sebab tu diorang semua drive kete premium, rumah dah macam orang keje 20 tahun punya perabot, makan kedai2 hipster n mahal je. Yela, dah jadi profesional, apa barang makan kedai tepi jalan. Realitinya zaman skang sume pekerjaan yang digambarkan di atas bergaji sangat ciput dan kehidupan diorang tak jauh beza pun dengan orang tak belajar tinggi. Tiap2 bulan kene ikat perut sampai hujung bulan sampai kene buat extra income termasuklah MLM. Pergi keje naik motor, kete takde duit nak service n renew roadtax, kete kene tarik dsb.



5. Berkaitan dengan point 4, disebabkan terlalu ditayangkan selepas keje kene beli kete mewah, maka ramailah graduan kita terperangkap dengan ilusi ini. Kereta itu sebagai alat melambangkan status. Senang nak carik awek, dibuat menantu, dan bleh show off depan membe bila lepak kedai mamak or hari raya, Seolah2 dah menjadi orang berjaya. Gaji RM2800, bayar kete je dah RM1000. Hanya orang bodoh je anggap kereta ni status, orang pandai sume anggap liability sebab susut nilai setiap tahun.

6. Lanjutan daripada point 5, sebenanrya salah satu pilihan paling penting lepas grad ialah beli kereta or rumah dulu? Hanya boleh pilih satu je. Kalo beli kereta dulu, nnt ada masalah nak beli rumah dan sebaliknya. Macam nilah, RM1000 sebulan boleh dapat beli City, Vios, Ford, VW atau beli rumah yang berharga RM220k. Kete makin susut, property value makin naik, Ok, memang la beli rumah kene banyak modal sket, tapi selepas 5 tahun, aku yakin dan pasti orang yang pilih kereta ni akan menyesal terutamanya lepas dia kahwin. Kalo baru setahun keje, tak payah la ngade2 beli smpi RM220k. Beli je RM100k ke bawah, bulan2 bayar dalam RM350 je. Sewa la kat orang up sket. Lebih tu simpan buat kahwin or masuk unit trust. Tapi aku yakin dan pasti, disebabkan pengaruh drama melayu yang berleluasa menayangkan kereta mewah sebagai status, 90% local grad akan prefer beli kereta mahal berbanding property dan akhirnya menyesal 5 tahun kemudian.

7. Yang ni berkait secara indirect dengan point no 6. Disebabkan drama melayu banyak tunjuk lepas grad trus kahwin, maka amalan ini terbawak2 ke benak gadis2 melayu. Lepas grad nak kahwin cepat2. Dalam drama tunjuk kalo jadi arkitek or engineer, gaji besau, hidup mewah. Nak tunggu apa lagi. Realitinya sume profession ni sebenarnya gaji cukup2 makan. Dah pulak tu, hantaran nak paling koman RM10k, photographer level artis, hantaran nak iphone, pakej percutian ke korea, nak beli baju untuk bridesmaid supaya sedondon la, Yang lelaki plak baru keje tak sampai setahun. dok tercungap2 lagi nak hidup, memang impossible la ada duit nak memenuhi nafsu dan fantasi pengantin perempuan yang berkiblatkan novel dan drama melayu. Dah la bulan2 RM1k terbang bayar kete Honda City. Family perempuan pulak asik mendesak je bila nak kahwin, So apa solusinya? Buat personal loan laaaa..... Dah la sekarang interest tinggi, Pinjam RM30k, total bayar nak dekat RM60K. Bulan2 RM600 hilang lagi.Gaji RM3K, tinggal la RM1400.

8. Lanjutan daripada point 7, RM1400 tu nak bayar minyak, tol, makan, bil api air, internet. Bleh hidup ke? Soalan yang 1st skali aku tanya pada budak2 yang nak kahwin ni, pas kahwin nak dok mana? Kalo dah ada rumah takpela. Nak menyewa? Rumah flat kat KL pun dah RM700 skang. Tu pn tingkat atas2. Itupun kalo wife nak duduk la, Kene jenis nak dok rumah macam dalam drama melayu, mampus la suami tu. Dapat wife yang sanggup bertolak ansur sanggup bayar sama2 takpe gak. Dapat yang jenis yang 'Duit I, untuk I je, duit U duit I jugak', masak la. Bila dah tak cukup duit ni la, yang akan mulakan konflik. Terus cinta tu hilang. Bila cinta tu hilang, berakhirlah fantasi drama melayu si gadis tadi. Maka secara otomatiknya dia akan menjadi anti drama dan novel melayu padahal sebelum kahwin, itulah sumber rujukkannya. Sebab tu yang kondem drama melayu kat FB or media sosial banyak golongan yang dah berkahwin. Diorang dah sedar yang semua fairy tale drama melayu tu hanya bullshit semata-mata. Tapi sayangnya, nasi dah menjadi bubur, dan korang selamat menjadi hamba bank at least untuk 20 tahun. Berbaloi ke menjadi hamba bank selama 20 tahun semata2 untuk menjadikan fairy tale drama melayu tu realiti?

9. Kita kene ingat, para gadis ni seuatu hari nanti akan menjadi seorang ibu dan akan melahirkan generasi seterusnya untuk negara ini. Diorang akan besarkan anak diorang dengan mentaliti novel dan drama melayu. Mentaliti yang tak boleh apply kat real life dan menjadikan diorang ni berintelek rendah. Kiranya macam pemikiran tu akan diturunkan ke generasi seterusnya. Sebab tu drama melayu sekarang ni sebenarnya tema dan plotnya sama je, cuma dihasilkan dalam bentuk dan peralatan yang moden. Scene macam isteri jemput suami minum, si ayah baca suratkhabar kat ruang tamu, konflik mak mertua dan menantu, perebutan harta syarikat, sume ni recycle je dan ianya akan berterusan sampai la ada orang mengubahnya. Sebenarnya drama korea 10 tahun lepas pun sama je macam drama melayu sekarang, temanya cinta 3 segi, cinta si kaya dan si miskin, tapi tengok level drama diorang sekarang. Drama Jepun lagi advance, 10 tahun lepas, drama jepun dah tak beberapa guna tema cinta, lebih kepada kerjaya dan isu ilmiah. Drama kerjaya dia btol2 pasal kerjaya. Scene banyak kat tempat keje, konflik kat tempat keje, berdepan kerenah bos, politik office. Skang Korea baru nak stat tiru.

10. Apa yang kita boleh belajar dari drama melayu? Cara nak jadik gadis innocent tapi dapat kekasih sado n hensem? Cara nak ramapas harta syarikat? Cara nak deal konflik dengan mertua? Soalan ni sebenarnya berbeza dengan "Apa pengajaran yang boleh didapati dalam drama ni?" Kalo tanya soalan ni memang berjela la korang tulis macam goreng soalan SPM. Tapi apa sebenarnya yang korang dapat belajar? Nothing. Takde apa yang dapat kita belajar plot recycle dan tipikal ni. Yang aku nampak US, UK, Jepun, Korea diorang gunakan drama ni sebagai salah satu medium pendidikan. Boleh belajar pasal sejarah, law, teknikal, survival, tips2 keselamatan. Drama melayu? Cara nak ngorat awek library? Puih.

Ok dah panjang sangat dah  ni. Aku akui la tulisan aku ni lebih banyak bias kepada perempuan sebab diorang la pembaca novel dan audien utama drama melayu ni. Laki kalo layan pun sebab awek die ajak teman, rumah dia ada satu tv dan remote bukan kat tangan dia atau laki tu pondan. Aku tak tahu la sampai bila la trend ni akan berterusan. Yang aku nampak semua ni mainan  kapitalis je. Selagi orang layan drama sampah ni selagi tula diorang akan terbitkan. Setiap hari orang yang anti drama melayu ni akan bertambah, yang peminat baru pun akan bertambah esp budak2 skolah dan aku yakin jumlah yang betambah ni lagi ramai sebenarnya.



Kalo korang perasan drama melayu ni asik cinta je memanjang. Tengok tajuk pun..... alahai. Takde wawasan langsung.

P/s: Nak predict intelligence sesuatu bangsa tu, tengok la drama dan filemnya.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers