20/09/2016



KAMERA ialah sebuah novel yang bercirikan minimalistik dan hipster dengan ending yang WTF?

Teknik yang digunakan dalam penyampaian cerita ialah dengan menggunakan emel. Persoalannya sekarang kepada siapakah dia hantar emel tu. Walaupun dipotraykan sebagai emel, tapi isinya bagi aku lebih kepada blog entry atau luahan perasaan. Seseorang yang ingin meluahkan sesuatu tapi tak tahu pada siapa lantas dia meluahkannya dalam bentuk penulisan. Maka aku rasa ianya lebih kepada blog entry.

Kenapa aku cakap ianya hipster sebab ada beberapa kali perkataan hipster kita akan dapati sepanjang pembacaan. Secara tak langsung ia akan membentuk imej hipster pada dalam kepala. Lagu2 yang di dengari oleh watak-watak utama juga bukan jenis mainstream. Lagu yang yang jarang keluar di radio terutamanya di radio malaysia. Antara ciri hipster yang lain ialah Sportify, Boots Dr Martens, Kamera filem dan ada lagi aku tak ingat. Yang aku faham, dalam bahasa mudahnya hipster ni macam ko cuba berimejkan sesuatu yang lain dari kebiasaan orang sekeliling ko. Nak bagi nampak lebih menonjol atau nak tunjuk yang ko ni bukan mainstream. Dari apa yang aku baca di internet, di UK, hipster sebenarnya ialah orang yang tak berduit tapi nak bergaya macam orang kaya. Well, cuba la ko relatekan kalau boleh.

Tentang minimalistik, paling ketara ialah nama Sara takde huruf H. Aku tak terfikir yang perkara ni boleh dikategorikan sebagai minimalistik. Tapi bila difikikrkan balik, ok why not? Perkara lain yang membentuk imej minimalistik ialah tentang cara hidup Ramly yang sangat simple sesuai dengan diri dia yang selalu backpacking. Aku rasa aku berjaya membentuk imej Ramly yang seorang budak belajar medic, berimej hipster dan hidup secara minimalistik.

Ini adalah 3 benda yang bermain di fikiran ku sebaik sahaja aku menghabiskan ayat terakhir dalam novel ni:

1. Sebahagian besar daripada storyline novel ni adalah berdasarkan tentang pengalaman Ramly menjadi backpackers dan mengembara ke merata2 tempat. Malah 1st time aku dengar perkaatn coachsurfing dan aku rasa ianya agak membantuk bila aku nak travel ni. Ya, coachsurfing juga aku rasa hipster. Sejujurnya, susah ko nak menceritakan tentang sesuatu tempat tu selagi ko tak pernah menjejakkan kaki ke sana. Ok, mungkin Google boleh buat ko nampak macam hipster backpackers, tapi gaya penulisan dalam novel ni aku rasa penulis memang pernah sampai ke tempat2 tersebut sebab sangat detail. Tapi andai kata semua cerita ini di konstruk menggunakan Google, tahniah, aku memang dah terpedaya. So adakah penulis memang btol2 dah sampai? Kalo ya memang hebat anda memang seorang yang minimalistik hipster.

2. Adakah Sara tu benar2 wujud atau hanya watak fiksyen sahaja? Di penghujung novel ada dilampirkan beberap gambar yang fit the details sepanjang storyline. Ada beberapa gambar perempuan yang boleh di assumekan Sara. Tapi adakah itu betul2 Sara atau gambar random dari internet?

3. Apakah jantina sebenar MIM Jamil? Aku cuba imagine yang Ramly ni sebenarnya MIM sebab susah sebenarnya nak tulis novel kalau takde rujukan melainkan menjadikan diri sendiri atau bayangkan kita berada di dalam situasi tersebut. Tapi cara paling efektik ialah dengan menjadikan diri sendiri sebagai watak utama. Mungkin MIM ni singkatan nama seseorang. Nama ni pun sebenarnya Unisex, boleh digunakan untuk kedua2 jantina. Namun akhir sekali aku decide dia ialah seorang lelaki sebab dia terpaksa silang kaki setiap kali berdepan dengan situasi yang boleh mengkantoikan dirinya.

Ok, seperti yang dinyatakan oleh penulis, dia tak suka happy ending sebab orang akan cepat lupa. Sad ending or open ending akan jadikan orang berfikir lebih lama tentang karya tersebut dan bebas menggunakan imaginasi sendiri berbanding happy ending yang lebih bersifat objektik.

Maka aku nak spoilkan di sini, ending dia agak WTF sebab sangat anti klimaks tak selari dengan imaginasi pembaca. Aku yakin dan pasti. Satu lagi, penulis saja buat macam tu sebab ko kena baca novel LARI pula untuk tau apa yang berlaku. Ok, nice tricks bro.

P/s: Sekarang jugak aku beli e-books LARI.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers