29/09/2016


Seorang bapa ada dua orang anak. Si bapa ialah seorang pemabuk. Anak pertama melihat bapanya dan akhirnya membesar jadi seorang pemabuk juga macam bapanya sebab dia nak rasa sendiri macam mana jadi seorang yang pemabuk. Anak kedua pula akhirnya membesar tanpa menjadi seorang pemabuk sebab dia dah tau apa akibat yang perlu di tanggung jika jadi seorang pemabuk.

Begitulah kisahnya, bapa yang sama tapi anak yang memilih cara yang berbeza. So setiap sesuatu tu sebenarnya bergantung kepada apa yang kita nampak. Di mana kita berdiri.

Kenapa bila kita berumur kita akan menjadi lebih matang dan berhati-hati bila berkata-kata dan buat sesuatu? Sebab perspektif kita dah banyak. Sebelum kita buat sesuatu tu, kita akan tengok dari beberapa perspektif sebelum buat keputusan. Masa kita muda perspektif tak banyak. Kita hanya fikir perspektif kita je. Tak fikir perspektif orang lain. 

Benda yang sama apply dengan orang yang selalu travel ke luar negara. Lagi banyak dia travel, lagi banyak perspektif dia. Bak kata pepatah, jauh permandangan, luas perjalanan. Its true yo!

So sebelum kita berargue dengan sesiapa, tengok dulu dia ni berdiri kat mana.

P/S: Elakkan la argue untuk benda yang sia-sia. Buang masa je.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe