14/09/2016



Beberapa hari lepas, aku driving area Kuala Kubu Bharu. Jalan situ jenis jalan kampung. Sapa yang biasa area situ mesti tahu situ jalan satu lane. Bila dah sampai area town or simpang baru jadi dua lane. Jalan kampung ni paham2 la, kalo ada kereta/lori slow kat depan memang kene follow. Bila da selamat baru potong.

Masa tu depan aku ada dua kereta, aku tak ingat kereta apa. Depan dua kereta tu ada 2 lori. Satu lori satu tan, satu lagi lori macam lori bawak ais. Depan lori tu ada satu kereta wira putih. Ok aku tak tahu apa masalah driver wira tu, tapi die drive memang slow nak mam. Aku tengok speedometer kereta aku speed masa tu 50km/h. Korang boleh imagine la betapa tensionnye situasi macam ni. Depan kereta wira tu takde sape pun, tapi tak tau la nape die bawak slow macam tu. Bawak uranium or plutonium kot. Disebabkan aku takde pape nak kejar n aku tau tak sampai 3km nnt ada ruang utk memotong, so aku maintain kool.

Aku jeling cermin pandang belakang aka rear mirror. Ada satu myvi hijau pisang belakang kitorang. Disebabkan driving yg agak slow, Myvi tu agak rapat la jugak. Aku nampak driver die perempuan. Sekitar 30 an. Dalam kereta tu ada dua orang kanak2. Satu kt seat belakang, tapi die berdiri di tengah2 antara dua seat. Satu lagi berdiri kat seat co-driver sambil pegang dashboard, kt area airbag. Aku angarkan umur dua2 budak tu bawah 5 tahun. Yang berdiri kat seat belakang tu macam besar sikit. Aku pun cakap kat membe sebelah aku.

"Kereta kat belakang ni bahaya btol. Dia biarkan anak dia berdiri kat seat macam tu. Ni kalao tiba2 brek emergency, memang habes budak tu"

Nak dijadikan cerita, kitorang sampai kat satu area jalan lurus, tapi still satu lane. Speed masa ni dah laju sket, sekitar 70km/h. Bila tengok lane sebelah kosong, salah satu kereta depan kitorang ni nk potong lori kat depan. Elok je die masuk lane sebelah, ada satu bas datang dari depan. Kereta yang memotong ni pun tadi cuak lah. Kelam kabut die masuk balik lane asal. Die cilok baik depan lori pertama. So lori pertama ni brek emergency. Kitorang yang kat belakang ni apa lagi, sume ikut la brek emergency.

Bila sume dah selamat aku terus pandang rear mirror. Nampak driver myi tadi macam tgh sibuk hulur2 tangan kat seat co-driver. Aku tengok budak yang berdiri kat seat belakang tadi, Macam baru bangun dari jatuh dan dia pulak berdiri kat seat depan. So mana budak kecik yang berdiri kat seat co-pilot tad? Aku syak mesti dah jatuh ke bawah la. Sebab brek emergency tadi bleh tahan jugak la die punya G. Sekitar 0.6G rasanya. Nmpak muka perempuan tadi macam tgh kelam kabut.

"Kan betul, baru je cakap tadi. Diorang ni tak amik pengajaran ke?" aku cakap kat membe aku.

Kebetulan pulak masa tu dah sampai area yang aku cakap boleh potong tadi, aku pun terus meemotong lori n kereta depan aku. Tak tahu apa seterusnya jadi pada kete belakang aku tadi.

Masa raya haji aritu, kat insta suami seorang pelakon ni, suami dia upload gamba tengah driving sambil dia tengah pangku anak dia kat riba. Lepas tu aku perasan ada la beberapa orang komen pasal safety. Tak lama lepas tu, gamba tu dah takde.

Isu kat sini:

1. Kalo driver yang berat yang duduk proper kat dia pun bleh terpelanting masa eksiden kalo tak pakai seatbelt,inikan budak kecik yang ringan, berdiri plak tu, lagi la jauh tercampak. Ok la, kalo cerita pasa momentun atau hukum newton pertama tak semua faham, kita ambil contoh yang mudah, orang yang tak pakai seatbelt dalam kete masa eksiden, sure akan terpelanting macam angry birds, cuma angry birds terpelanting kat open area, korang akan terpelanting dalam ruang yang tertutup. Sama ada stereng, atau windshied, akan jadi destinasi korang nanti.

2. Kereta sekarang ni dah wajib ada airbag. Kete ekonomi pun dah ada ada dua airbag, inikan pulak kete mahal macam artis selebriti di atas. Kata la ada eksiden, airbag tu akan meletup. Pernah tengok tak airbang meletup live? Kalo airbag tu meletup, sambil budak berdiri depan airbag tu or masa korang tgh riba anak, apa akan jadi? Ok la aku serahkan pada imaginasi korang untuk gambarkan.

Isu safety ni bukan main2 dan tak boleh amik remeh. OEM berhabis berjuta ringgit untuk pastikan kereta yang diorang selamat, tapi dapat kat user, anggap safety features tu macam aksesory kedai Brothers je. Orang amik remeh sebab tak kene lagi. Malangnya orang yang dah pernah kena tak ramai yang selamat utk share experience diorang. Tapi aku rasa kalo cerita pun orang buat dek sebab yelah, tak kena lagi.

Ok la, pape pun, sentiasa la amik berat pasal safety ni dan pastikan semua ahli keluarga kita berada dalam keadaan selamat. Semua orang nyawa dan anggota badan ada satu je.

Memang betol ajal maut semua di tangan Allah, tapi pemikiran macam ni, ibarat macam lebih baik buat kereta togel, takde pintu, takde bumbung, takde brek. Nak takut apa, kan ajal maut tu di tangan Allah.

Kita buatlah apa yang patut untuk safety kita, selebihnya, kita serahkan saja pada takdir yang Maha Esa.

P/S: Kalo OEM tak pasang seatbelt and airbag, banyak woo cost bleh jimat. Bleh dapat bonus banyak sket.



0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers