02/10/2016


Rasanya majoriti dari kita yang membesar kt Malaysia ni mesti pernah makan KFC. Aku sendiri pn 1st time makan kfc masa darjah 3. Itu pn guna duit raya. Lol.

Masa kecik dulu, kfc ni adalah satu makanan yang nikmat. Biasanya hanya dinikmati pada hari2 tertentu mcm birthday, jamuan kelas, saudara melawat rumah. Bila zaman student pulak, status grand kfc masih kekal. Ianya hanya di makan pada awal sem ketika loan PTPTN masuk untuk dating bersama awek. Tak pun masa parent datang melawat dan tanya "nak makan apa?"

Bila dah smpi era bekerja ni, sedikit demi sedikit status grand kfc ini semakin hilang. Kata orang kalo nak makan at least sebulan sekali pn takde hal. Lumrah manusia, bila sesuatu mudah utk di dapati, penghargaan akan semakin kurang.

Terus terang aku ckp, aku agak muak dengan KFC. Ditambah pula dengan kualiti ayam dah tak sama macam dulu. Ayam makin kecik dan kulit makin tebal. Belum kira minyak yang boleh diperah dari ayam. Asal nk makan ayam je mesti kfc. 

Mujurlah la kini aku da jumpe alternatif kfc iaitu Texas chicken. Ya still Amerika namun ianya tetap alternatif. Harga not bad dan dengan rasa yang agak cemerlang. Setakat ni ayam nya masih tebal isi dan kulit nipis. Aku terjebak dgn Texas chicken ni pn masa dtg birthday party anak membe. Bila makan, aku rasa ok, not bad. 

Maka sejak itu aku selalu jugak pergi Texas. The best thing is skang ni air still bottomless. Refill la sampai perut kembong. Ada orange juice dan ice lemon tea. Kalo mcd or kfc nk air2 ni kene topup RM1.

Ok aku nak jelas kan kt sini, aku tak bayar pn oleh Texas Chicken utk tulis post ni. Aku cuma menulis atas dasar kemanusiaan, utk beri orang lain peluang untuk menikmati alternatif lain selain kfc. Dah 30 tahun lebih kot KFC ni kat Malaysia. Tipu la kalo cakap tak boring. 

P/s: aku kalo tmpt air bottomless ni, aku akan aim air paling mahal dulu. Lol.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe