27/11/2016


Kekalahan kepada Myanmar semalam merupakan check mate kepada kempen kali ini. Tak banyak boleh diperkatakan. Personally bagi aku team ni cuma bersedia 50-50. Tempoh persediaan yang singkat, persaraan beberapa key player, jadual liga domestik yg padat, pemilihan pemain yang jarang beraksi dan bukan on form, taktikal yg outdated dan serasi dengan malaysia iaitu long ball dan beberapa bende lain yang korang bleh tambah.

Kebetulan pula venue kali ini ialah Myanmar dan pada masa yang sama berlaku penghapusan etnik Rohingya secara besar-besaran, maka timbul la cadangan untuk menarik diri sebagai tanda protes kepada Myanmar.

Ada beberapa sebab aku tak setuju untuk tarik diri sebab protes:

1. Ini isu politik, maka kene gunakan tindakan politik jugak. Apasal pulak nak babitkan sukan pulak. Xde kene mengena. 

2. Myanmar memang suka kalo kita tarik diri sebb dia akan menang percuma dan sejarah akan mencatatkan diorang layak ke separuh akhir dan orang takkan pedulik pn dengan tindakan kita. Sape suruh tarik diri.

3. Ada beberapa player yang main final piala malaysia aritu tak sempat balik bersama family pun. Hari ni abes game, sok da kene lapor diri. Malah pemain juga dah memberikan komitmen penuh. Berjauhan dengan family, hidup berpindah randah sepanjang persediaan dan kempen, berlatih hari-hari. Sume hard work ini akan dibuang ke longkang jika malaysia menarik diri begitu saja. Orang yg suruh tarik diri boleh la cakap, die duk umah, dekat dengan family, dok selesa kt umah sendiri. Senang la cakap suruh boikot. Puihhh. 

Yup, lebih baik kita gagal selepas berjuang daripada angkat bendera putih awal-awal. Nampak la ada maruah. Bukan tak kesian dengan Rohingya tapi banyak lagi cara lain kita bleh protes. Kenapa nak jadikan sukan sebagai mangsa?

Sapa pernah tengok Ola Bola mesti paham kekecewaan diorang yg terpaksa tarik diri selepas berhempas pulas utk layak ke Olimpik. Orang yg bagi arahan tu bukan dia yg training or main. Sedap la cakap. 

Bersamalah kita sokong dan tak menyusahkan atlit kita. Diorang dah prepare utk jadikan yang terbaik. Jangan biarkan politikal matter rosakkab usaha mereka.

P/s: Selamanya Harimau Malaya!!

 

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe