17 September 2017

Malam ni tiba-tiba aku rasa nak makan megi. Siang tadi da kenyang makan nasi kenduri kahwen. Malam ni kene makan benda lain selain nasi.

Kat kedai aku tengok ada Maggi Big Kari, Maggi yang tak big pun ada. Dari segi appearance memang jelas beza saiznya. Harga Big Kari RM6.50, Yang biasa cuma RM4.80. 

Big Kari satu paket ada 5 bungkus. Berat sebungkus 111gram. Maka total 555gram. Manakala yang tak Big berat sebungkus 79gram. Sama jugak ada 5 bungkus dalam satu paket. Maka berat keseluruhan ialah 395gram. Sebab tu harga tak sama. 

So berapa besar Big Kari ni?

Sebab agak lapar, aku plan nak masak 3 bungkus beserta 4 telur.


Dari gambar ni nampak macam sama saiz dengan Megi biasa. Bila korang tengok dengan mata sendiri kompom akan nampak perbezaannya.


Sebabkan saiz megi die besar, so perencah dia pun kene besar juga. Baru cukup rasa.


Disebabkan masa masak kene konsentret, so aku skip proses memasak. Cuma tunjuj hasil akhir saja. Saiz periuk ni juga agak besar sebenanrnya.


Dah selamat masuk dalam mangkuk dan dibawa di atas meja makan. Megi biasa kalau aku masak 3 bungkus takde la penuh mcm ni. Macam nak melimpah da.


Dah redi untuk makan. Kalo tengok dalam mangkuk biru tu bertimbun lagi. Tapi akhirnya semua dapat dihabiskan dengan jayanya.

Kesimpulannya rasa sama macam megi kari biasa. Cuma ekstra mee je dan of course extra money. Terpulang la kepada nafsu makan korang macam mana or nak makan berapa ramai.

Sekian.

1 ulasan:

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Senarai Blog Saya

Recent Comment