10 Julai 2023

 


Aku mula tulis blog ni masa tahun 2008. Era di mana waktu tu blogging mula jadi popular. Selaras dengan kemunculan social media seperti Friendster, Myspace dan Facebook baru nak jadik big name. Aku tak beberapa ingat kenapa aku mula tulis blog sebenarnya. Mungkin nak jadikan salah satu pendapatan kot. Sebab masa tu mmg ada beberapa blogger mmg buat duit dengan blog. 

Macam Oh Media, Beautifulnara pun tak silap aku diorang bermula dengan blog. Tapi diorang guna wordpress. Masa tu aku aku tak beberapa gemar sangat guna wordpress sebab dia tak beberapa boleh customize macam blogger. Zaman tu customization ni normal. Friendster, Myspace, korang bleh tukar wall paper, letak lagu, tukar font, letak any interactive features. Bergantung kepada kreativiti masing-masing.

Sehinggalah kemunculan Facebook, memang tak boleh customize langsung. Mula-mula orang ingat Facebook ni takkan bertahan, tapi hidup sampai hari ini. Baru aku teringat, blog aku selalu tgk masa zaman 2008 ni ialah Blogserius. 

Untuk siapa yang follow blog aku ni, korang akan perasan kerajinan aku yang tak konsisten dalam update blog ni. Kalau rajin, sehari dua tiga update. Kalau malas smpi bertahun tak berusik.

So konten masa tu pn selaras dengan faktor usia. Masa muda-muda dulu, lain penulisan dia. Kebanyakannya lebih kepada isu semasa dan pengalaman sendiri. Sebab trend zaman dulu, bila ada isu viral kt berita, orang akan bagi komen kt blog masing-masing. Pastu gaduh kt ruang komen. Haha.

Then, aku ada jugak la tulis beberapa cerpen pendek. Ni sebab terpengaruh dengan bacaan novel Fixi suatu ketika dulu. Sekarang dah tak baca. Umur-umur macam ni lebih kepada self-help, motivation and biography. Tapi best jugak tulis cerpen ni. Boleh unleashed kreativiti dan imaginasi. Memang dulu ada plan nak hantar ke Fixi unutk diterbitkan. Last-last apa pun takdak. Sebab tak confident dan mental block. Idea asal tak nak jadik cliche, tapi ianya tak dapat dielakkan. Haha.

Menulis dan meluahkan sebenarnya adalah satu therapy. Aku sangat bersetuju. Ya aku teringat, masa tahun 2008 tu tahun gelap sebab 1st major blow dalam dunia percintaan. Dunia ini ibarat berkecai dan gelap masa tu. Haha. Yep, putus cinta kali pertama adalah sesuatu yang paling suffer dalam hidup ni. Yang pernah merasa je tahu. 

Ok, aku tak ingat ni comeback kali ke berapa. Cuma kali ni ianya berbeza berbanding sebelum-sebelum ni. Content kali ni lebih kepada idea dan catatan harian. Bila bercakap pasal idea ni, kita kene terima yang semua orang takkan terima idea kita. Kalau korang baca apa idea yang aku cuba sampaikan dan mungkin korang tak setuju, biar lah aku berterus terang "I dont give a fuck!" Lol.

Yup, tapi aku sentiasa buka ruang komen dan of coz aku akan baca, kalau aku berminat aku reply. Kalau aku tak minat, aku biarkan jela. (Sembang macam ramai la sangat baca blog ni. Haha).

Ok. Until the next entry. Assalammualaikum.

Next
Catatan Terbaru
Previous
This is the last post.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Senarai Blog Saya

Recent Comment